MENGEJUTKAN orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:
PERTAMA:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah RA, beliau berkata:
“Aku keluar bersama Rasulullah SAW untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hadis riwayat Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)
KEDUA:
Orang yang tidur di hadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.
KETIGA:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh)." (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)
KEEMPAT:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)
KELIMA:
Tidur waktu subuh. Rasulullah SAW bersabda:
“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”
KEENAM:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah RA dimana beliau berkata:
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hadis Riwayat Bukhari – sahih)
KETUJUH:
Tidur lepas solat asar. Rasulullah SAW bersabda:
”Sesiapa yang tidur selepas solat Asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
KELAPAN:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
KESEMBILAN:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.
KESEPULUH:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda SAW bersabda:
“Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah RA berkata: Rasulullah SAW lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
“Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
KESEBELAS:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamulail. Rasulullah SAW bersabda:
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)
KEDUABELAS:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlah dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)
Wallahua'lam...
Sumber: baca-blogspot.blogspot.com
No comments:
Post a Comment