Thursday, 11 July 2013
Ibadah Ekpress Dalam 1 Minit
Apa yang boleh anda lakukan dalam masa 1 MINIT?
Dalam 1 minit, anda mampu melakukan salah satu daripada perkara-perkara menakjubkan di bawah.
Anda boleh mengkhatamkan al-Quran sebanyak 5 kali dengan membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 15 kali.
“Demi Dzat yang menguasai diriku, sesungguhnya nilai surah al-Ikhlas sama dengan sepertiga al-Qur’an.” (HR. al-Bukhari)
Atau anda boleh membaca Surah al-Fatihah sebanyak 5 kali.
“Hendakkah aku ajar kamu satu surah yang merupakan surah teragung dalam al-Quran? Iaitu ‘Alhamdulillahi rabbi alamîn’. Inilah tujuh surah yang berulang-ulang berserta al-Quran agung yang kau terima.”(HR. al-Bukhari)
Atau anda boleh berselawat ke atas nabi sebanyak 20 kali, di mana bacaan itu membolehkan anda mendapat selawat dari Allah sebanyak 200 kali.
Atau anda boleh membaca kalimah “Subhanallah wa bihamdih” sebanyak 100 kali.
“Sesiapa yang berzikir (seperti di atas) sebanyak 100 kali pada setiap hari, berguguranlah dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
Atau anda boleh membaca kalimah “Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallah al-azhîm”sebanyak 50 kali.
Rasulullah pernah bersabda, “Dua kalimah yang ringan di lisan dan berat di timbangan, dan dua-duanya disenangi oleh Allah, iaitu kalimah ‘Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallah al-azhîm’.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
Atau anda boleh membaca kalimah “Subhanallah wa bihamdihi ‘adada khalqihi wa ridha nafsihi wa zinata’ arsyihi wa midada kalimâtihi” sebanyak 10 kali.
Atau anda boleh membaca kalimah “Astaghfirullah al-azhim” sebanyak 70 kali.
“Barangsiapa yang senantiasa beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan dari segala kegundahan yang menderanya, jalan keluar dari segala kesempitan yang dihadapinya dan Allah memberinya rezeki dari arah yang tidak ia sangka-sangka.” (HR. Abu Daud)
Atau anda boleh membaca kalimah “Lâ ilâha illa Allah wahdahu la syarikalah lahu al-mulk wa lahu al-hamd wa huwa ala kulli syai qadir” sebanyak 20 kali.
“Barang siapa yang membaca kalimah ‘Lâ ilâha illa Allah wahdahu la syarikalah lahu al-mulk wa lahu al-hamd wa huwa ala kulli syai qadir’ sebanyak 10 kali, maka dia seperti seseorang yang telah memerdekakan 4 jiwa dari seorang anak seperti Nabi Ismail. “(HR. al-Bukhari dan Muslim)
Atau anda boleh membaca kalimah “La haula wa la quwata illa billahi” sebanyak 40 kali.
“Tidakkah kamu ingin aku beritahu tentang harta simpanan di antara harta simpanan yang terdapat di syurga? Bacalah kalimah ‘La haula wa la quwwata illa billahi ‘. ”(HR. al-Bukhari dan Muslim)
Atau anda boleh membaca sehelai halaman al-Quran.
Atau anda boleh membaca 2 helai halaman daripada majalah yang bermanfaat.
Ibnu Qayyim al-Jauzi pernah berkata kepada anaknya, “Ketahuilah wahai anakku, sesungguhnya hari termasuk jam, dan setiap jam termasuk hembusan nafas, dan setiap hembusan nafas adalah bekal. Maka dari itu, berhati-hatilah. Jangan sampai saat menghembuskan nafas tidak melakukan hal-hal yang bermanfaat. Maka pada hari kiamat kamu akan menyaksikan dirimu hanya sebuah tempat yang kosong dan kamu akan menyesal. “
Labels:
Informasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment