Wednesday 17 July 2013

Manfaat Jilbab Menurut Islam dan Sains


ALLAH SWT memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan manusia. Dan setiap yang benar-benar manfaat dan dikehendaki manusia dalam kehidupannya, pasti disyariatkan atau diperintahkan oleh-Nya. Di antara perintah Allah itu adalah berjilbab bagi wanita muslimah. Berikut ini beberapa manfaat berjilbab menurut Islam dan ilmu pengetahuan.


1. Selamat dari azab Allah (azab neraka)



“Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip bonggol unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).


Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebagian tubuhnya dan menampakkan sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya.


2. Terhindar dari gangguan



Kebanyakan gangguan seksual berlaku terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri, kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaiman sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, “Sepeninggalanku tak ada fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari)


Jikalau wanita pada zaman Rasul merupakan fitnah terbesar bagi lelaki padahal wanita pada zaman ini konsisten terhadap jilbab mereka dan tak banyak lelaki jahat saat itu, maka bagaimana wanita pada zaman sekarang??? Tentunya akan menjadi sasaran. Hal ini telah terbukti dengan tingginya kes gangguan seksual di negara-negara Eropah (wanitanya tidak berjilbab).


3. Memelihara kecemburuan lelaki



Sifat cemburu adalah sifat yang telah Allah subhanahu wata'ala tanamkan kepada hati lelaki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam.


“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim)


Bila jilbab ditanggalkan, rasa cemburu lelaki akan hilang. Sehingga jika terjadi gangguan tidak ada yang akan membela.


4. Akan seperti biadadari syurga



“Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya.” (QS. Ar-Rahman: 56)


“Mereka laksana permata yakut dan marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58)


“Mereka laksana telur yang tersimpan rapi.” (QS. Ash-Shaffaat: 49)



Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga. Iaitu menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang sentiasa di rumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga.


5. Mencegah penyakit kanser kulit



Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran, zat-zat kimia, dan sebagainya.


Penelitian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari.


Kanser tidak membezakan antara lelaki dan wanita. Cuma, wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada lelaki. Oleh itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit.


Oleh itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutupi kulit. Salah satunya dengan berjilbab. Kerana dengan berjilbab, kita melindungi kulit kita dari sinar UV. Melindungi tubuh bukan dengan memakai kerudung gaul dan baju ketat. Kenapa? Kerana hal itu percuma saja. Kerana sinar UV masih bisa menembus pakaian yang ketat apalagi pakaian transparen. Berjilbab disini haruslah sesuai dengan kriteria jilbab.


6. Memperlambatkan gejala penuaan



Penuaan adalah proses alam yang sudah pasti dialami oleh semua orang iaitu lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit berkedut, dan lain-lain.


Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang berperanan penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahawa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rosaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan kulit.


Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan jilbab.


Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Dan jilbab pun memiliki manfaat. Ternyata tak sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Jilbab tak hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindungi dari penyakit kanser dan proses penuaan.


Demikianlah Allah memberi kasih sayangnya kepada wanita melalui syariat islam yang sempurna.

Sumber: silverheritage.blogspot.com

No comments:

Post a Comment