DARI Abdullah bin Mas'ud r.a katanya, Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain" (hadis riwayat muslim)
Cuma 2 iri hati yg dibenarkan:
1) Bersaing untuk bersedekah.
2) Bersaing untuk mencari dan memanfaatkan ilmu.
Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Tidak boleh berhasad dengki kecuali pada dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dianugerahkan Al-Quran dan dia membacanya sepanjang siang dan malam. Juga terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan lalu dia membelanjakannya dengan baik pada waktu malam dan juga pada waktu siang" (hadis riwayat muslim)
Sumber: mdsafkyo.blogspot.com, amekaw.com
No comments:
Post a Comment