“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

Wednesday 14 August 2013

Larangan Allah SWT ke atas pelaku hubungan sejenis!




LARANGAN keras terhadap hubungan sejenis diceritakan dalam al-Quran (surah Hud, ayat 77-83), Allah mengazab dengan cara menterbalikkan tanah dan menimbus kaum Luth yang tetap berdegil meneruskan hubungan homoseksual walaupun sudah diingatkan azab Allah oleh Nabi Luth.

Hukuman terhadap kesalahan homoseksual mengikut hukum syarak, dikira sebagai kesalahan zina. Hukuman terhadap kesalahan ini diqiyaskan dengan hukuman kesalahan zina iaitu jika pelaku sudah berkahwin akan direjam sehingga mati. 

Manakala pelaku yang belum berkahwin, akan disebat sebanyak seratus sebatan dan dibuang negeri sehingga setahun.

Menurut satu pendapat asy-Syafie pula, pelaku liwat adalah dihukum bunuh. Berdasarkan riwayat oleh penulis sunan, daripada Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang kamu temui mengamalkan amalan kaum Lut, hendaklah kamu bunuh pelaku dan si pelaku.”

Beberapa pendapat mazhab lain menyatakan pelaku liwat hendaklah dibakar. Pendapat ini berpandukan hadis riwayat al-Baihaqi, sahabat Rasulullah SAW sependapat membakar pelaku dan yang diperlaku.

Dari segi perundangan di Malaysia, peruntukan seksyen 377A, 377B dan 377C Kanun Keseksaan (akta 574) memperuntukkan kesalahan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Sumber: informations-the.blogspot.com, hasil nukilan KAKI WAYANG

No comments:

Post a Comment