“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

Saturday 17 August 2013

Sangat Jahat Berzina Dan Seksanya


AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

[PERMATA  PEMBERIAN YANG INDAH DAN MENJAGA SEGALA HATI YANG LALAI]

Bab ke-26: Sangat Jahat Berzina Dan Seksanya


Firman Allah Ta'ala:
Dan jangan kamu hampir akan berzina, kerana bahawasanya ada ia kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan (Surah Al-Isra': Ayat 32)
Sabda Rasulullah SAW:
Bermula berzina itu mempusakai papa.

ENAM KECELAAN TERSEBAB DARI ZINA

Dan sabda Rasulullah SAW: Takut olehmu akan zina, maka bahawasanya pada zina itu enam perkara kecelaannya, tiga perkara pada dunia dan tiga perkara pada akhirat. Maka adapun tiga perkara pada dunia itu:

  1. Mempicitkan (menyempitkan) rezeki.
  2. Menghilangkan berkat.
  3. Apabila keluar rohnya, didinding akan dia dari Allah Ta'ala dan menilik ia kepada neraka dan kepada malaikat Zabaniyyah.
Dan adapun tiga perkara pada akhirat:
  1. Menilik Allah akan dia dengan tilik murka.
  2. Adalah hisabnya bersangatan.
  3. Dihelakan dia dengan rantai belenggu kepada neraka.
Dan sabda Rasulullah SAW: " Barangsiapa memenuh akan dua matanya daripada yang haram,memenuh Allah akan dua matanya dari pada api neraka. Dan barangsiapa berzina dengan perempuan, dibangkit Allah akan dia daripada kuburnya sangat dahaga dan bertelanjang ia dan menangisi ia dukacita lagi hitam mukanya, dan pada lehernya belenggu daripada api neraka dan pakaiannya daripada minyak tanah, dan tiada berkata-kata Allah Ta'ala akan dia, dan baginya seksa yang sangat pedih."

Dan sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa berzina dengan perempuan yang ada lakinya (suaminya), maka adalah atas keduanya seksa yang sangat pedih pada hari kiamat. Maka menghukum Allah Ta'ala akan suaminya dengan suruh mengambil ia akan kebajikannya dan ditanggungkan dia dosa suaminya serta dihalau dia kepada neraka." Ini jika tiada mengtahui suaminya akan isterinya berzina.

Adapun, jika mengetahui suaminya akan isterinya berzina dan diam ia, maka diharamkan Allah atas suaminya akan syurga, kerana bahawasanya tersurat pada pintu syurga: "Engkau orang daayus", iaitu yang memperkenankan kejahatan atas isi rumahnya dan redha  ia baginya. Dan tiada masuk syurga orang itu, dan bahawasanya tujuh petala langit dan bumi dan segala bukit melaknatkan orang berzina dan orang dayus.

Sabda Rasulullah SAW:
"Bermula zina dua mata itu menilik kepada barang yang tiada halal menghelakan kepada zina faraj."
Sabda Rasulullah SAW:
Bermula menilik kepada perempuan yang ajnabiyyah, (yakni; yang halal berkahwin dengan dia) itu daripada dosa besar.

Maka hadith ini ditanggungkan dia atas bersangatan tegahnya kerana perkara yang mendahului bagi zina itu tiada daripada dosa besar seperti yang tersebut di dalam Zawahir (Ibnu Hajar)

Dan sabda 'alaihissalam:
"Bermula zina dua kaki itu berjalan (yakni; kepada maksiat). Dan zina dua tangan itu menampar. Dan zina dua mata itu minilik, (yakni; kepada yang haram)."

Dan sabdanya 'alaihissalam:
"Zina satu kali itu menghapuskan pahala amal 70 tahun."

Rujukan: 
AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

[PERMATA  PEMBERIAN YANG INDAH DAN MENJAGA SEGALA HATI YANG LALAI]

 
 

No comments:

Post a Comment