“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

Thursday 28 April 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS: Pahala Solat Berterusan Dan Didoakan Malaikat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pahala Solat Berterusan Dan Didoakan Malaikat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَزَالُ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاةٍ مَا دَامَ فِي مَجْلِسِهِ يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ وَالْمَلَائِكَةُ يَقُولُونَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ مَا لَمْ يُحْدِثْ

Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "salah seorang dari kalian akan sentiasa berada didalam pahala solat selama masih ditempat solatnya untuk menunggu datangnya solat satu lagi, dan para malaikat berdoa untuknya; 'Ya Allah ampunilah dia, ya Allah sayangilah dia, ' iaitu selama ia belum berhadas." (HR Ahmad No: 8756)

Pengajaran:

1.  Ganjaran berganda bagi orang yang menunaikan solat secara berjemaah

2.  Ganjaran berganda juga bagi orang yang menunaikan solat berjemaah di Masjid

3.  Ganjaran pahala seolah-olah sentiasa berada dalam keadaan solat selama ia masih menanti waktu solat seterusnya di tempat solat tersebut  (di masjid) selama mana ia masih berwuduk.
 
4.  Orang yang berada dalam keadaan demikian, para malaikat akan berdoa untuknya agar dosanya diampunkan dan dia sentiasa dirahmati Allah.


Ayuh rebut pahala berterusan dan mendapat doa makhluk yang tidak ada dosa iaitu Malaikat.

#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

11hb Mac 2016

No comments:

Post a Comment