“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

Friday, 12 July 2013

Ramadhan: Definisi Sahur

SAHUR: Sahur itu nama waktu makan. Ia bermula di awal pagi sehingga masuknya waktu solat subuh. Waktu yang paling afdhal ialah paling hamper dengan masuknya waktu subuh. Dalil dari sabda Nabi sollallaahu alaihi wasallam:
 
 
 
10 minit sebelum azan subuh dinamakan waktu Imsaak bagi orang-orang yang berpuasa dan sedang mengambil makanan sahur. Waktu imsaak ini adalah waktu dalam keadaan berjaga-jaga untuk berhenti daripada mengambil makanan.
 
Sahur bukanlah nama juadah atau nama makanan mahupun minuman. Waktu sahur disebut beberapa kali dalam al-Quran menandakan ia amat disukai oleh Allah s.w.t. yang Maha Mencipta. Sahur juga disebut oleh Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam tanda ia amat dihargai oleh seorang hamba yang amat kasihkan yang Maha Mencipta.

الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ

(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (QS Ali- Imran :17)

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ........

"Dan selalu memohon keampunan di waktu pagi sebelum fajar" (QS Adz-Zaariyat : 18)
 
Sabda Nabi s.a.w. pula (antara maksudnya);

((تسحروا فإن في السحور بركة))

"Bersahurlah kerana di dalam sahur itu ada keberkatan."(HR Bukhari dan Muslim)
Keberkatan adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya.


((فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أَكْلَت السحر))

"Beza di antara puasa kita (Islam) dan puasa ahlul kitab (Yahudi dan Nasara) adalah mengambil makanan pada waktu sahur."(HR Muslim)

Oleh itu bangkitlah pada waktu sahur, isilah waktu sahur itu dengan qiyam dan ambillah sedikit juadah walau hanya dengan segelas air.
 
Hukum Bersahur.
Bersahur hukumnya  sunat muakkad. Iaitu sunat yang amat dititik beratkan oleh Baginda Nabi sollallaahu alaihi wasallam. Jadi bersahur besar ganjaran pahalanya walaupun hanya dengan seteguk air atau sebiji buah tamar/kurma.


Hikmat Bersahur.

kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.


No comments:

Post a Comment