PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Masjid Sebagai Rumah Orang Bertaqwa
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ اَلْمَسْجِدُ بَيتُ كُلِّ تَقِيٍّ وَتَكَفَّلَ اللهُ لِمَن كَانَ الْمَسْجِدُ بَيْتَهُ بِالرَّوحِ وَالرَّحْمَةِ وَالْجَوَازِ عَلَى صِرَاطٍ إِلَى رِضْوَانِ اللهِ إِلَى الْجَنَّةِ
Dari Abi Darda, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Masjid itu rumah bagi orang-orang yang bertaqwa. Allah menjamin kepada orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan ruh yang damai rahmat dari Allah melimpah-limpah dan melepasi titian sirat menuju redha Allah di dalam syurga” (HR Tabrani No 6020)
Pengajaran:
1. Masjid adalah rumah untuk orang yang bertaqwa.
2. Usahakanlah Masjid sebagai rumah ke dua kita yang tetap kita "pulang" ketika masuk waktu solat fardhu.
3. Allah menjamin kepada orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya untuk dimakmurkan dengan limpahan rahmat kasih sayang Allah yang melimpah ruah.
4. Masjid akan menjadi syafaat kepada pemakmurnya di hari kiamat untuk melintas titian sirat menuju ke syurga.
Jadikanlah diri kita pemakmur masjid, semoga ia menjadi syafaat untuk kita memasuki Syurga.
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
14hb Mac 2016
Thursday, 28 April 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS: Pahala Solat Berterusan Dan Didoakan Malaikat
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Pahala Solat Berterusan Dan Didoakan Malaikat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَزَالُ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاةٍ مَا دَامَ فِي مَجْلِسِهِ يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ وَالْمَلَائِكَةُ يَقُولُونَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ مَا لَمْ يُحْدِثْ
Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "salah seorang dari kalian akan sentiasa berada didalam pahala solat selama masih ditempat solatnya untuk menunggu datangnya solat satu lagi, dan para malaikat berdoa untuknya; 'Ya Allah ampunilah dia, ya Allah sayangilah dia, ' iaitu selama ia belum berhadas." (HR Ahmad No: 8756)
Pengajaran:
1. Ganjaran berganda bagi orang yang menunaikan solat secara berjemaah
2. Ganjaran berganda juga bagi orang yang menunaikan solat berjemaah di Masjid
3. Ganjaran pahala seolah-olah sentiasa berada dalam keadaan solat selama ia masih menanti waktu solat seterusnya di tempat solat tersebut (di masjid) selama mana ia masih berwuduk.
4. Orang yang berada dalam keadaan demikian, para malaikat akan berdoa untuknya agar dosanya diampunkan dan dia sentiasa dirahmati Allah.
Ayuh rebut pahala berterusan dan mendapat doa makhluk yang tidak ada dosa iaitu Malaikat.
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
11hb Mac 2016

Saturday, 26 March 2016
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Doa Ketika Sakit
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ الثَّقَفِيِّ أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ مُنْذُ أَسْلَمَ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Dari 'Utsman bin Abu Al 'Ash Ats Tsaqafi bahwa dia mengadukan kepada Rasulullah SAW suatu penyakit yang dideritanya sejak ia masuk Islam. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Letakkan tanganmu di tubuhmu yang terasa sakit, kemudian ucapkan Bismillah tiga kali, sesudah itu baca tujuh kali:
أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
(Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari penyakit yang aku derita dan aku cemaskan). (HR Muslim No: 4082)
Pengajaran:
1. Setiap penyakit yang menimpa seseorang perlu diusahakan pengubatannya
2. Rasulullah mengajar kita berdoa memohon kesembuhan dari penyakit
3. Antara sunnah kepada orang yang sakit ialah meletakkan tangan di bahagian yang sakit sambil membaca:
a. Bismillah 3 kali
b. Doa 7 kali

Moga kita dapat mengamalkan doa ini apabila sakit
#Rahmah Untuk Semua#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
26hb Mac 2016

Subscribe to:
Posts (Atom)