“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi
Showing posts with label Tips Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Tips Ramadhan. Show all posts

Sunday, 4 August 2013

Malam Lailatul Qadar




Banyak riwayat menjelaskan mengenai malam yang mulia ini:
  • Malam lailatulqadar adalah malam 27 ramadhan, yang mana keesokan harinya matahari terbit namun tidak bersinar (tertutup awan tipis). (Shahih Muslim hadits no.762).
  • Malam lailatulqadar adalah 7 malam terakhir di bulan ramadhan (Shahih Muslim hadits no.1165).
  • Malam lailatulqadar adalah sepuluh hari terakhir di malam ganjilnya (Shahih Muslim hadits no.1165)

Dan masih banyak lagi riwayat lain yang menyifatkan malam mulia ini, siapapun Ummat Muhammad SAW bisa mendapatkannya, namun kembali kepada diri mereka sendiri mahukah mereka mendapatkannya dengan banyak berdzikir di malam hari, mninggalkan televisyen dan kesibukan dunianya di malam mulia itu.

Sumber: Majelis Rasulullah Habib Munzir Al Musawwa


Mengenai malam lailatulqadr, itu tidak bisa dipastikan kapan munculnya, perlu saya jelaskan bahwa Lailatulqadr adalah salah satu malam dibulan Ramadhan yg sangat mulia, beda dari malam malam lainnya.
Oleh itu, bila kita beribadah setiap malam saja nescaya dapatlah salah satunya adalah lailatulqadr,
Lailatulqadr itu adalah kemuliaan sejak terbenamnya matahari hingga terbitnya fajar. sebagaimana Firman Nya “KESEJAHTERAAN PADANYA (malam itu) HINGGA TERBITNYA FAJAR”. (QS Al Qadr).
Jadi bukan suatu saat tertentu, tapi suatu malam tertentu, maka siapa saja yg beribadah di malam itu dihitung ibadah 1000 bulan. Maka untuk memastikan kita mendapat lailatulqadr maka kita beribadah setiap malam, misalnya tarawih, tambah istighfar misalnya 1000X, atau Al Qur’an, maka pastilah salah satunya mengenai malam lailatulqadr.

Namun di malam lailatulqadr itu ada yang disebut SA’ATUL IJAABAH, suatu saat yang cuma beberapa detik saja, yang barangsiapa berdoa saat itu pastilah dikabulkan Allah swt, saat2 mulia itu ada juga di setiap hari jumat, sebagaimana diriwayatkan dalam Shahih Bukhari.

Siapapun bisa mendapatkan kemuliaan Lailatulqadr, namun tentunya Ummat Muhammad SAW yang rajin beribadah di malam Ramadhan. Sumber Majelis Rasulullah Habib Munzir Al Musawwa

Sabda Rasulullah SAW : Temuilah Lailatulqadr pada sepuluh malam terakhir di bulan ramadhan” (Shahih Bukhari)

Maka ada riwayat yang menyebut malam ganjil, dan ada yang tidak menyebut malam ganjil, dan kedua riwayat itu kesemuanya shahih, dan teriwayatkan pada shahih Bukhari . Sumber Majelis Rasulullah Habib Munzir Al Musawwa

Mengenai lailatulqadar diberikan untuk seluruh ummat beliau saw, mereka yg ibadah di malam itu maka dikalikan pahalanya seakan melakukannya setiap malam selama 1000 bulan, misalnya kita tarawih dimalam itu 23 rakaat, maka dihitung pahala shalat malam selama tiap malam selama 1000 bulan, maka beruntunglah yg banyak beribadah dimalam itu, maka semua ummat mendapatkannya, namun tergantung sedikit banyaknya mereka ibadah di malam itu. Sumber Majelis Rasulullah Habib Munzir Al Musawwa

Lailatul Qadar adalah sepanjang malam sejak terbenamnya matahari di malam itu hingga terbitnya fajar, sebagaimana firman Allah swt pada surat Alqadr : “Kesejahteraan dimalam itu hingga terbitnya fajar” (QS Al Qadr)maka siapa saja yg beribadah dimalam itu maka ia mendapat pahala ibadahnya 1000 bulan, misal ia shalat tarawih dimalam itu maka ia mendapat pahala tarawih tiap malam selama 1000 bulan, mereka yg tobat pada Allah di malam itu maka ia mendapat pahala tobat setiap malam selama 1000 bulan, Sumber Majelis Rasulullah Habib Munzir Al Musawwa


Tuesday, 30 July 2013

Iktikaf: Definisi & Panduan (Penerangan Lanjut)


iktikaf

1. Definisi


Bahasa : Iltizam ( komitmen) dalam melakukan sesuatu pekerjaan

Syarak : tinggal di masjid yang dilakukan orang tertentu dengan niat yang tertentu. Niat tersebut adalah mendekatkan diri kepada allah.


2. Hukum Iktikaf


Hukum Iktikaf adalah sunat. Ibnu al-Munzir menyebut: “para ulama bersepakat bahawa iktikaf adalah sunnah kerana Rasulullah SAW melakukannya dan melaziminya, isteri-isterinya juga ikut melakukan iktikaf bersamanya dan melakukannya setelah wafat”. Iktikaf menjadi WAJIB jika bernazar.

Rasulullah SAW beriktikaf setiap bulan Ramadhan selama 10 hari dan pada tahun kewafatan baginda selama 20 hari. ( Riwayat Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah)

Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan.

3. Waktu Iktikaf

  • Boleh dilakukan sepanjang masa dan waktu. Masanya boleh satu hari tanpa malamnya atau satu malam tanpa siang. Dalam mazhab Hanafi dan Maliki yang meletakkan puasa sebagai syarat sah iktikaf menyatakan waktu yang pendek di dalam melakukan iktikaf adalah satu hari.
  • Iktikaf bagi orang yang wajib ikut masa yang dinazarkan.

4. Syarat-Syarat Iktikaf

  • 4 syarat utama iktikaf iaitu niat, tinggal (duduk) di dalam masjid, orang yang beriktikaf Islam, berakal, suci dari Haid dan nifas dan berjunub, di masjid. Masjid Jami adalah awla (utama) dilakukan iktikaf. Ini disyaratkan oleh Az-Zuhri dan As-Syafie (Qaul qadim).
  • Bagi wanita hendaklah meminta izin suaminya, manakala hamba meminta izin dari tuannya.
  • Ulama berselisih pendapat dalam mensyaratkan puasa sebagai syarat sah iktikaf tetapi majoriti ulama menyatakan ia bukan syarat sah iktikaf. Disunatkan puasa ketika beriktikaf berdasarkan Nabi SAW beriktikaf pada 10 akhir Ramadhan.

5. Masjid yang sah dibuat Iktikaf

  • Menurut Hanafi, Ahmad, Ishak dan Abu Tsaur: Masjid yang sah dibuat iktikaf adalah yang dibuat solat lima waktu dan didirikan jamaah.
  • Malik, Syafie dan Daud pula mengatakan sah dibuat iktikaf pada setiap masjid tanpa membataskannya. Tetapi mengikut pandangan As-Syafieyyah, lebih afdal atau utama di masjid Jami (dibuat Jumaat).
  • Isteri nabi SAW melakukan iktikaf di masjid Nabawi.
  • Ulama bersepakat lelaki beriktikaf di masjid manakala bagi wanita berlaku perselisihan pandangan dikalangan para ulama.
  • Orang yang bernazar tidak boleh niat iktikaf pada masjid tertentu kecuali pada Masjid Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.

6. Waktu Mula dan Akhir Iktikaf

  • Siapa yang bernazar untuk melakukan iktikaf selama satu hari atau beberapa hari atau melakukan iktikaf sunnah, hendaklah dia masuk sebelum terbit fajar kemudian keluar apabila matahari tenggelam.
  • Jika bernazar iktikaf satu malam atau beberapa malam, maka hendaklah ia masuk sebelum matahari tengggelam semuanya kemudian keluar ketika terlihat fajar terbit.
  • Jika nazar iktikaf selama sebulan atau iktikaf sunnah, maka awal bulan adalah awal malamnya. Dia masuk sebelum matahari tenggelam semuanya dan keluar apabila matahari tenggelam pada akhir bulan tersebut.
  • Di bulan Ramadhan pada 10 terakhir , maka dia harus masuk sebelum tenggelam matahari pada malam kedua puluh satu. (riwayat Mazhab Hambali), Riwayat kedua setelah solat Subuh. Ibn Hazam pula menyatakan sebelum tenggelam matahari pada malam 19 Ramadhan. Semuanya harus keluar setelah tenggelam matahari pada akhir ramadhan.

7. Perkara-perkara sunat dan makruf ketika iktikaf

  • Mazhab Syafie : orang yang beriktikaf sebaiknya menyibukkan diri dengan pelbagai ketaatan kepada Allah seperti solat, zikir, tasbih, membaca Al-Quran, menyibukkan diri dengan ilmu, mengajar, belajar, menelaah dan menulis buku (berdakwah). (Kitab al-Majmuk)
  • Ibn Qudamah di dalam kitab al-Mughni pula menganjurkan supaya dikerjakan solat, tilawah Quran, zikir dan ketaatan mahdhah. Ada pun mengajar al-Quran, ilmu, diskusi dan belajar bersama fuqaha, menulis hadis dan lain-lain yang bermanfaat tidak digalakkan. Ini juga disokong oleh pendapat Imam Ahmad.
  • Pandangan yang kuat dalam masalah ini ialah menyibukkan diri dengan ibadat seperti solat, zikir, membaca al-Quran, memikirkan akhirat dan persoalan agama, doa dan istighfar.
  • Dibolehkan kita melakukan hal-hal yang bermanfat kepada orang lain seperti mengajar, berdakwah, diskusi atas untuk keperluan selebihnya kembali kepada konsep asal iaitu menyibukkan diri untuk beribadah.
  • Makruh di dalam beriktikaf seperti melakukan hal-hal yang tidak perlu sama ada berupa perkataan atau perbuatan seperti mengumpat, bercakap keduniaan dan sebagainya.

8. Perkara yang diharuskan semasa beriktikaf

  • Antara perkara yang boleh dilakukan semasa iktikaf seperti keluar iktikaf kerana menghantar ahli keluarga berdasarkan riwayat Safiyyah. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
  • Begitu juga menyisir rambut, berwangi-wangian, memotong kuku, membersihkan tubuh, memakai pakaian yang terbaik.
  • Dibolehkan makan minum, tidur, melakukan transaksi, perjanjian jual beli, akad nikah dan lain-lain lagi.
  • Dibolehkan keluar iktikaf untuk keperluan yang tidak dapat dielakkan seperti membuang air besar, melunaskan keperluan orang yang dibawah jagaannya, muntah tanpa keluar dari masjid dalam tempoh tidak lama, menjenguk orang sakit, menguruskan jenazah atas keperluan.
  • Jika ada program sumbangan anjuran ISMA untuk membantu fakir miskin, melawat hospital atas keperluan, maka ia dibolehkan.
  • Adapun bagi orang yang iktikaf nazar maka tidak dibenarkan menziarahi orang sakit, menjenguk jenazah dan  berta’ziah.

9. Perkara-perkara yang membatalkan iktikaf

  • Keluar dari masjid tanpa ada keperluan walau hanya sebentar.
  • Murtad
  • Hilang akal
  • Berjimak
  • Keluar haid dan nifas.

10.  Iktikaf Wanita

  • Iktikaf wanita bergantung kepada izin suami. Iktikaf tidak wajib ke atas isteri sehingga suami mempunyai hak untuk melarangnnya.( Iktikaf sunnah)
  • Jika iktikaf nazar dengan mendapat kebenaran suami pada waktu tertentu, maka isteri boleh masuk ke tempat iktikaf tanpa perlu dapatkan izin baru atau khusus dari suami.
  • Jika iktikaf nazar dengan mendapat kebenaran suami pada tanpa waktu tertentu, maka isteri tidak boleh memulakan waktu iktikaf kecuali dengan izin suaminya.
  • Apabila suami memberikan izin pada isteri melakukan iktikaf, maka dia tidak berhak mencabut izin tersebut baik iktikaf sunnah atau wajib . ( pendapat yang kuat)
  • Menurut Mazhab Hanafi: wanita boleh melakukan iktikaf di masjid manapun sebagaimana dia dibolehkan untuk melakukan iktikaf di masjid rumahnya. Namun, dia tidak dibolehkan untuk melakukan iktikaf di rumahnya di luar masjid di rumahnya atau di tempat yang disediakan untuk melakukan solat.
  • Mazhab Hambali dan Syafie pula: Wanita dibolehkan untuk melakukan iktikaf di masjid yang tidak digunakan untuk melakukan solat jamaah. Mereka tidak boleh melakukan iktikaf di masjid rumahnya kerana ia adalah ibadat yang dikhususkan dilakukan di masjid.Pendapat yang kuat adalah pandangan Hanafi. Wanita boleh beriktikaf di tempat solat di dalam rumahnya. (tempat yang khusus solat di dalam rumah).

11.  Iktikaf Nazar

  • Jika seorang bernazar untuk beriktikaf pada tempoh tertentu secara berturut-turut maka dia tidak boleh keluar dari masjid kecuali dengan tujuan tertentu.
  • Sekiranya keluar tanpa keuzuran untuk perkara yang bukan dharuri maka hukumnya haram, iktikafnya terputus dan wajib memulakan iktikaf baru.
  • Sekiranya dia bernazar untuk iktikaf dengan puasa maka dia mesti melakukannya dan  ia adalah paling baik baginya.
  • Sekiranya bernazar menentukan masjid tertentu untuk beriktikaf, maka tidak wajib beriktikaf  di masjid itu.
  • Jika  dia terbatal, maka diwajibkan dia menyempurnakan bilangan hari iktikaf yang tersisa. (iktikaf yang tidak disyaratkan secara berturut-turut beberapa hari).
  • Jika dia mensyaratkannya secara berturut-turut , maka dia harus melakukannya sekaligus secara berturut-turut.

Hadis Rasulullah SAW mengenai Iktikaf:

Dari Ibn Umar r.a telah berkata : “Adalah baginda Rasulullah SAW beriktikaf sepuluh akhir Ramadhan.” ( Muttafaquh alaih)
Daripada Aishah r.a bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10 terakhir dari Ramadhan sehingga diwafatkan Allah, kemudian diteruskan isteri-isteri baginda.. ( muttafaqun alaih)
Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata : ” Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun baginda diwafatkan”. ( Riwayat al-Bukhari)
Daripada Aishah r.a telah berkata : ” Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” . ( Muttafaqun alaih)
Sumber: maalimfitariq.wordpress.com

Iktikaf: Hukum & Ganjaran



DARI AISYAH R.A (Isteri Rasulullah SAW) bahawa Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada sepuluh akhir daripada bulan Ramadhan hingga diwafatkannya oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepasnya oleh para isterinya. (Muttafaq 'Alaih).

Daripada Abi Hurairah R.A, ia berkata: Adalah Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap Ramadhan sepuluh hari terakhir. Manakala pada tahun baginda diwafatkan, baginda beriktikaf dua puluh hari. (Sahih Bukhari)

Dengan itu, nyatalah bahawa iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah sunnah yang diamalkan secara berkekalan oleh Rasulullah SAW dan para isterinya, juga oleh para sahabatnya.

Telah bersepakat di antara imam-imam mazhab yang empat bahawa hukum iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah sunat Muakkadah, kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW. dan menuntuti Lailatul Qadar. (Syarah Sohih Muslim li An-Nawawi 8/67, Fathul Bari li Ibni Hajar As-Asqolani 4/272).

Manakala hukum iktikaf pada lain daripada sepuluh akhir Ramadhan adalah sunat (istihbab).

Daripada Ibnu Abbas R.A daripada Nabi SAW bersabda, "Dan sesiapa yang iktikaf satu hari kerana mencari keredhaan Allah, nescaya Allah jadikan di antaranya dan di antara api neraka, tiga buah parit, di mana jarak di antara tiap-tiap satu parit lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin". (HR. At-Tabrani dan Al-Hakim) 

Wallahu 'alam.

Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.com

Wednesday, 17 July 2013

Ramadhan: Masuk Hospital Setelah Kekenyangan Berbuka Puasa


RASULULLAH SAW telah memperingatkan umatnya agar tidak berlebihan. Apatah lagi ketika berbuka puasa. Berlebihan makan boleh membawa maut dan merugikan diri sendiri. Seperti yang berlaku pada rakyat di negara terkaya di dunia, Qatar.

Akibat makan 'overload' iaitu berlebihan selepas berbuka puasa, puluhan warga Qatar dibawakan ke hospital di Doha. Mereka mengalami simtom sepeti gejala muntah dan sakit perut. Mengikut laporan dari dohanews.co pada hari Jumaat (12/7), doktor mengatakan bahawa insiden seperti itu sering berlaku semasa Ramadan.

"Kami biasa merawat 10 hingga 15 kes seperti itu setiap hari sepanjang bulan Ramadan," kata seorang pegawai Hospital Pakar. Dia menambah, biasanya pesakit datang antara pukul 20.00-20.30 waktu tempatan.

Untuk kes tahun lalu, terdapat 100 orang dirawat di beberapa hospital di Doha kerana kekenyangan setelah berbuka. Selain gangguan sampingan, penyakit lain yang banyak dilaporkan berlaku semasa Ramadan adalah buah pinggang dan dehidrasi.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, kasihani lah diri kita. Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Sumber: detikislam.blogspot.com

Sunday, 14 July 2013

Sejarah Peristiwa Besar Di Bulan Ramadhan


Sejarah Peristiwa-Peristiwa Besar Di Bulan Ramadhan

Selain turunnya wahyu Allah yang pertama di bulan Ramadhan, terdapat beberapa peristiwa besar yang juga berlaku dibulan yang penuh dengan barakah ini.

Ketika dahulu, umat Islam yang merupakan umat yang disanjung tinggi dari timur ke barat, kerana terlimpahnya rahmat Allah kesan dari penerapan Islam dalam kehidupan mereka.

Namun begitu, pada masa sekarang, setelah runtuhnya entiti penyatuan umat Islam, iaitu Khilafah pada 27 Rejab 1342H (3 Mac 1924), umat Islam dirundung penyakit yang semakin parah. Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam berpuasa tanpa Khilafah.

Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan:

17 Ramadhan 2H: Perang Badar Al-Kubra

Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

Ramadhan 5H: Persiapan Perang Khandaq

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.

20 Ramadhan 8H: Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala

Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.

Ramadhan 9H: Perang Tabuk

Rasulullah SAW tidak mendapati tentera Rom lalu kembali ke Madinah.

Utusan Thaif

Utusan Thaif datang ke Madinah untuk masuk Islam dan pada ketika itu juga mereka terus melaksanakan kewajiban-kewajiban dan melaksanakan puasa disana.

Utusan Raja Himyar

Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Beliau kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis.

Ramadhan 10H

Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.

Ramadhan 53H

Kemenangan tentera Islam di Rhodesia.

Ramadhan 92H

Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair, Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic.
Panglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic.
Panglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan
dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic.

Antara peristiwa yang memotivasikan tentera-tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal-kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut.

Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

Ramadhan 129H

Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.

Ramadhan 584H

Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam".

Peperangan Hittin dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi
hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

Ramadhan 658H

Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut.

Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.

Ramadhan 1390H
Tertawannya Garisan Bar Lev Israel, yang merupakan kubu kuat tentera yahudi, ketika berperang dengan Mesir. InsyaAllah, peperangan ini akan dikupas dalam artikel lain.

Sumber: mykhalifah.com, waazin.blogspot.com

Puasa Tapi Tak Solat. Sah Ke ?



Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, maka ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), maka para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;

1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.

Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).

Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut. Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”.

Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya;

“Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”.

Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh Aiyah Saqar, 2/32.
2. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198.
3. Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, 1/149.
4. Yas-alunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah, Dr. Ahmad as-Syirbasi, jilid 4.
Oleh : Ustaz Ahmad Fadzil

Sumber: harianislam.com

Saturday, 13 July 2013

Ramadhan: Bolehkah Makan Selepas Waktu Imsak?

SOALAN
Sesetengah masjid di Lembah Kelang ini mengumandang azan dua kali pada waktu sebelum Subuh. Soalan saya bolehkah makan sahur selepas azan pertama. Biasanya azan pertama itu setengah jam sebelum azan kedua. Bagaimana pula dengan waktu Imsak, iaitu waktu 10 minit sebelum azan kedua, bolehkan seseorang bersahur dalam tempoh ini.
- AWI, K. Kubu.

JAWAPAN
Antara masalah yang disepakati ulama, ibadat puasa bermula dari naiknya fajar sadiq hingga terbenam matahari. Fajar sadiq ialah cuaca cerah waktu pagi, sebelum naik matahari. Allah berfirman:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ
Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu cahaya siang dari kegelapan malam, iaitu waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (al-Baqarah: 187)
Berpandukan ayat ini, ulama mentafsirkan, waktu puasa yang sebenarnya ialah waktu naik fajar subuh hingga terbenam matahari atau hingga masuknya waktu Maghrib. Selain daripada jarak antara dua waktu ini, harus bagi orang berpuasa mengambil makan, minum dan berhubung kelamin. Ini juga bermakna, jika seseorang mendengar azan yang menandakan masuknya waktu Subuh, sedangkan dalam mulutnya masih ada makanan, hendaklah dibuang. Jika ditelannya, nescaya batal puasanya.
Memang suatu kelaziman berlaku di kebanyakan negara Islam, bilal yang bertugas masjid mengumandang azan pertama sebelum azan subuh. Tujuannya ialah memaklumkan waktu Subuh hampir tiba, orang Islam yang akan menunaikan puasa pada esok hari hendaklah bersiap sedia menyempurnakan sahur, mencuci mulut dan mengambil wuduk untuk solat Subuh berjamaah. Di sesetengah negara pula membuat waktu Imsak, iaitu 10 minit sebelum masuknya waktu solat Subuh, bagi tujuan yang sama. Waktu imsak atau 10 minit sebelum Subuh itu, bukan waktu bermulanya puasa, kerana dalam tempoh ini masih diharuskan makan dan minum. Lebih tepat jika kita katakan, imsak hanya masa membuat persiapan untuk berpuasa.
Bersahur pada dasarnya sunat dilewatkan, kerana ada hadis yang menyatakan bahawa umat ini sentiasa beroleh kebajikan, jika mereka sentiasa mengamalkan prinsip segera berbuka dan lewat bersahur. (Syarh al-Sunnah, 6/253).
Ada juga hadis yang menyatakan, jarak masa antara sahur dengan waktu Subuh kira-kira masa yang menyamai bacaan 50 ayat al-Qur`an yang sederhana. Rasulullah (s.a.w.) bersabda dalam hadis riwayat Zaid Ibn Thabit, katanya yang bermaksud:
Kami bersahur bersama Rasulullah (s.a.w.), kemudian kami bangun untuk solat Subuh. Jarak antara sahur dan solat Subuh kira-kira kadar bacaan 50 ayat. (Bukhari 4/118, Muslim, bilangan 1097)
Meskipun harus bagi seseorang bersahur pada waktu imsak, tetapi bagi seseorang yang ingin berpuasa pada esok harinya, sebaik-baiknya mengambil sikap yang lebih ihtiyat (cermat) bagi puasanya, iaitu dengan menahan daripada makan dan minum beberapa waktu lebih awal daripada masa puasa yang sebenarnya. Cara ini boleh mengelakkan seseorang daripada melampaui batas-batas yang diharus dan meragukan.
Jika seseorang menganggap, waktu puasa adalah bermula daripada waktu imsak, maka anggapan itu meleset dan tidak tepat, kerana puasa seperti yang disebutkan di atas bermula daripada naiknya fajar sadiq atau waktu subuh.
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi: Jika seseorang selalu mengamalkan puasanya bermula daripada waktu imsak, maka ia telah melakukan suatu keterlaluan dalam agama ini dan bertentangan dengan Sunnah nabi s.a.w. (Fatawa Mu`sirah, 1/313).
Saya berpendapat, waktu imsak adalah waktu untuk bersiap sedia ke masjid bagi menunaikan solat Subuh. Ulama kita sebelum inipun tidak peranah diketahui ada yang mengatakan puasa bermula dari waktu itu.

Sumber: www.drhayei.com, myibrah.com

Ramadhan: Huraian/ Penjelasan Puasa Dalam Al-Quran (Ustaz Abu Utsman Kharisman)

Ayat ke-185 Surat al-Baqarah, maksudnya:

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.

(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." (Surat al-Baqarah : ayat 185)

Pada ayat ini terdapat beberapa permasalahan yang akan dijelaskan, yaitu:

  1. Ramadhan adalah bulan turunnya al-Quran.
  2. Al-Quran sebagai petunjuk, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
  3. Kewajiban berpuasa bagi yang mukim, tidak sakit, dan tidak berhalangan untuk puasa.
  4. Allah memberi keringanan tidak berpuasa bagi yang musafir atau sakit
  5. Allah menginginkan kemudahan, dan tidak menginginkan kesulitan untuk kita.
  6. Menyempurnakan bilangan
  7. Bertakbir pada akhir puasa sebagai bentuk syukur



PENJELASAN:

A. Ramadhan Bulan Turunnya al-Quran

Allah turunkan al-Quran pertama kali pada Lailatul Qadr (malam kemuliaan) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan:

“Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada Lailatul Qodr.” (Surah al-Qadr : ayat 1)

Awalnya, al-Quran diturunkan secara utuh ke Baitul Izzah (suatu tempat di langit dunia) pada bulan Ramadhan. Kemudian secara beransur-ansur diturunkan sesuai dengan keadaan: sebagai jawaban terhadap pertanyaan seseorang, sebagai teguran pada kaum muslimin, sebagai penghibur jiwa dan mengukuhkan hati kaum muslimin, dan sebagainya. Turunnya al-Quran kerana peristiwa-peristiwa tersebut terjadi bukan hanya pada bulan Ramadhan saja.

Dalam sebagian hadits dinyatakan bahawa al-Quran diturunkan pada malam 25 Ramadhan.

“Dan al-Quran diturunkan selepas 24 dari Ramadhan.” (H.R Ahmad dari Watsilah bin Asqa’, al-Munawi menyatakan bahwa para perawinya dipercayai, dan dihasankan oleh al-Albany).

Sebahagian Ulama menafsirkan makna hadis tersebut dengan pemahaman: al-Quran diturunkan pada malam 24 Ramadhan (as-Siirah anNabawiyyah libni Katsir (1/393)). Oleh itu, hadis di atas mempunyai dua tafsiran:

  1. Al-Quran diturunkan pada malam 25 Ramadhan. Ini adalah pendapat al-Hulaimi dan dinukil serta disepakati oleh adz-Dzahaby (Faidhul Qadiir karya al-Munawi).
  2. Al-Quran diturunkan pada malam 24 Ramadhan. Ini adalah pendapat yang dinukil Ibnu Katsir dalam as-Siroh anNabawiyyah karyanya (1/393)).

Pada bulan Ramadhan tersebut Jibril bertadarus al-Quran dengan Nabi.



B. Al-Quran sebagai Petunjuk bagi Manusia

Dalam ayat ini, Allah menyatakan al-Quran sebagai:

“…petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah …(Surah al-Baqarah : ayat 185)

Kewajiban berpuasa bagi yang mukim, tidak sakit, dan tidak berhalangan untuk puasa.

Allah Subhaanahu Wa Ta’ala berfirman, maksudnya:

“Maka barangsiapa yang mempersaksikan (masuknya) bulan (Ramadhan), berpuasalah.”

Ibnu Katsir menyatakan bahawa ayat ini merupakan kewajiban dari Allah bagi barangsiapa yang bermukim dan sihat ketika masuknya bulan Ramadhan untuk berpuasa.

Ayat ini sekaligus sebagai penghapus hukum tentang puasa pada ayat sebelumnya - ...barangsiapa yang mahu, silakan berpuasa, barangsiapa yang mahu membayar fidyah, silakan, meski mampu berpuasa. Setelah turunnya ayat ini, maka tidak ada pilihan lain bagi semua pihak yang mampu dan tidak berhalangan untuk berpuasa.

“Dari Salamah bin al-Akwa’ RA bahawasanya beliau berkata: Kami dulu pada masa Ramadhan pada masa Nabi SAW (diperbolehkan): barangsiapa yang mahu silakan berpuasa dan barangsiapa yang tidak mahu silakan berbuka (namun) membayar fidyah dengan memberi makan orang miskin. Hingga turunnya ayat: …maka barangsiapa di antara kalian yang mempersaksikan (masuknya) bulan (Ramadhan) berpuasalah.” (H.R alBukhari dan Muslim, lafadznya sesuai riwayat Muslim)

Allah ulang penyebutan keringanan tidak berpuasa bagi yang safar atau sakit.

Pada ayat sebelumnya (ayat 184), Allah telah memberikan keringanan bagi orang yang sakit atau musafir untuk tidak berpuasa. Mengapa dalam ayat ini (ayat 185) diulang kembali penyebutannya?

“…barangsiapa di antara kalian sakit atau musafir, maka (ganti sejumlah bilangan hari yang ditinggalkan) di hari lain.” (Surah al-Baqarah : ayat 184)

“…dan barangsiapa yang sakit atau musafir, maka ganti sejumlah bilangan hari yang ditinggalkan) di hari lain" (Surah al-Baqarah : ayat 185)

Jawapannya adalah:

Jika pada ayat 184 Allah menjelaskan keadaan puasa sebelumnya, yang boleh ada pilihan: berpuasa atau membayar fidyah, maka pada ayat 185 Allah hapuskan hukum pada ayat sebelumnya, bahawa semua yang menyaksikan masuknya Ramadhan harus berpuasa. Namun, Allah ulang penyebutan keringanan bagi yang sakit dan safar agar tidak terjadi anggapan bahwa orang yang sakit atau safar menjadi harus berpuasa kerana hukumnya telah diubah (disimpulkan daripada Taisiir al-Kariimir Rahmaan fii Tafsiiri Kalaamil Mannaan karya Syaikh Abdurrahman as-Sa’di).

Allah menginginkan kemudahan, dan tidak menginginkan kesulitan untuk kita.

“…Allah menginginkan untuk kalian kemudahan dan Dia tidak menginginkan bagi kalian kesulitan…” (Surah al-Baqarah : ayat 185)

Allah berikan keringanan bagi orang yang sakit yang tidak mampu berpuasa untuk menggantinya di saat sudah sehat di hari yang lain.

Sebahagian Ulama (dari kalangan Tabi’in) seperti al-Hasan al-Basri dan Ibrahim an-Nakhaei memberikan batasan: jika seseorang sakit sehingga tidak mampu solat dalam keadaan berdiri, maka pada saat itu ia boleh untuk tidak berpuasa (riwayat Ibnu Jarir atThobary)

Antara kemudahan dari Allah adalah bolehnya tidak berpuasa bagi musafir, disyariatkannya meringkas solat yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Demikian juga bolehnya ibu hamil atau menyusui untuk tidak berpuasa jika tidak kuat dalam berpuasa.

“Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla meletakkan (keringanan) pada musafir (untuk mengerjakan) setengah solat dan (keringanan) bagi musafir, wanita hamil dan menyusui untuk tidak berpuasa.” (H.R Abu Dawud, Ibnu Majah dari Abdullah bin Ka’ab)

Wanita yang hamil dan menyusui boleh untuk tidak berpuasa. Kalau mereka memilih untuk tidak berpuasa, apa yang harus dilakukan? Mengganti di waktu lain atau membayar fidyah?

Perlu dilihat keadaan yang mendasari alasan tidak berpuasa bagi ibu hamil dan menyusui. Alasannya berbeza bergantung kepada keadaan.

  1. Sebenarnya mampu berpuasa tetapi bimbang keadaan janin atau bayinya, maka ia tidak berpuasa. Dalam kondisi ini, membayar fidyah. Sebagaimana pendapat Sahabat Nabi Ibnu Abbas.
  2. Tidak mampu berpuasa karena lemah fizikalnya. Keadaan seperti ini sama dengan orang yang sakit sementara dan musafir. Maka, boleh tidak berpuasa, dan mengganti pada hari lain ketika sudah mampu berpuasa. Sesuai hadis Abdullah bin Ka’ab riwayat Abu Dawud di atas.


Perincian ini sesuai dengan pendapat seorang Tabi’i al-Hasan al-Bashri rahimahullah.

Seorang musafir mendapat keringanan daripada Allah untuk meringkas solatnya yang asalnya 4 rakaat (Zuhur, Asar, dan Isyak) menjadi 2 rakaat saja. Jika ada yang berkata: keadaan musafir pada masa dahulu penuh dengan penderitaan: panas, penat, kendaraan primitif dan tradisional, masa tempuh lama. Berbeza dengan sekarang yang sudah banyak kemudahan. Kendaraan berhawa dingin, jarak jadi singkat, tidak terlalu penat, dan berbagai kemudahan. Apakah masih relevan kemudahan itu bagi kita ketika ini?

Jawabannya: Ya. Masih berlaku untuk kita saat ini dengan keadaan penuh kemudahan. Asalnya, perintah meringkas/ mengqasar solat itu ketika timbul perasaan tidak selesa ketika perang. Dalam keadaan itu boleh untuk mengqasar solat. Seperti disebutkan dalam an-Nisaa’ ayat 101.

Setelah suasana aman, Umar kemudian bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah keringanan dari Allah itu masih berlaku untuk kita pada saat sudah aman. Rasulullah SAW bersabda:

“Itu adalah sedekah Allah untuk kalian, maka terimalah sedekah (dari)Nya.” (H.R Muslim dari Ya’la bin Umayyah)

Hal itu menunjukkan bahawa walaupun sekarang sudah demikian mudah, terimalah sedekah Allah tersebut. Tetap jalankan qasar dalam solat sebagai musafir (kecuali jika kita solat di belakang penduduk setempat), demikian juga, boleh bagi kita untuk tidak berpuasa jika status kita adalah musafir.

Sesungguhnya Allah suka jika seorang hamba mengambil keringanan yang Allah berikan, sebagaimana Allah benci jika kemaksiatan terhadap-Nya dilakukan;

“Sesungguhnya Allah suka jika keringanan (dari)Nya diambil, sebagaimana Dia benci jika kemaksiatan terhadap-Nya dilakukan.” (H.R Ahmad, dishahihkan Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Berapa jarak minima perjalanan dikatakan musafir? Ada banyak perbezaan pendapat para Ulama hingga mencapai lebih daripada 20 pendapat tentang jarak musafir. Namun, dapat dikecilkan menjadi dua pendapat yang kuat:

Pendapat jumhur Ulama. Jaraknya jika ditukarkan dalam kilometer adalah kurang lebih 80 km. Tidak ada had jarak khusus. Ia adalah perhitungan berdasarkan kebiasaan (urf). Hal ini kerana memang tidak ditemukan adanya had khusus dari al-Quran mahupun hadis yang shahih. Jika berdasarkan kebiasaan setempat, hal itu terhitung musafir, bukan sekadar perjalanan biasa, sehingga memerlukan bekal, dan sebagainya, maka itu dikira musafir. Jika tidak, maka belum termasuk musafir.

Dalam hadis Anas bin Malik riwayat Muslim, Nabi pernah mengqasar solat dalam jarak perjalanan 3 mil atau 3 farsakh. Tiga mil adalah sekitar 4.5 km, sedangkan 3 farsakh adalah sekitar 13.5 km. Hal itu difahami bahwa pada jarak tersebut sudah keluar dari qariahnya/daerahnya.

Penjelasan tentang puasa dalam al-Quran
Ustaz Abu Utsman Kharisman, 11 Jul 2013

Sumber: www.salafy.or.id, waazin.blogspot.com

p/s: wallahu a'lam... cara penghuraian dari Al-Quran oleh satu kajian dalil dan nas yg detail..