“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

Monday, 19 August 2013

Imam dan 20 Sen



Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Sumber: mr-tazkirah.blogspot.com

Kisah Menarik Bagaimana Loo Jo Yee Binti Abdullah Peluk Islam


Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Sumber: amekaw.com

Kelebihan “LAA ILAHA ILLALLAH”


AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB
[PERMATA  PEMBERIAN YANG INDAH DAN MENJAGA SEGALA HATI YANG LALAI]

Bab Yang Ke-2: Pada Menyatakan Kelebihan “LAA ILAHA ILLALLAH”

Firman Allah Ta’ala: “Maka ketahuilah olehmu , bahawasanya tiada yang maujud dengan sebenar-benarnya melainkan Allah… (Surah Muhammad: Ayat 19)

Kata Fakihani: “Bahawasanya meninggalkan menyebut akan Dia tatkala masuk ke tempat kediamanNya menafikan papanya.”
Telah datang warid: “Bahawasanya barangsiapa berkata “Laa ilaha illallah” dan di madkan akan dia, nescaya diruntuhkan baginya empat ribu dosa besar.” Kata mereka itu: “Ya Rasulullah! Maka jika tiada baginya suatu daripada dosa besar.” Maka sabdanya: “Diampunkan bagi ahlinya dan bagi jirannya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari)
Dan sabda Rasulullah SAW: “La ilaha illallah” itu menolak ia daripada orang yang berkata akan dia akan 99 pintu daripada bala’ sekurang-kurangnya dukacita.”
Kata Fakhrur Razi: Sungguhnya disebut akan kalimat ini di dalam Al-Qur’an pada 37 tempat. 
Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa berkata “Laa ilaha illallahu, Muhammadarrasulullah” 100 kali, datang ia pada hari kiamat dan mukanya seperti bulan pada malam penuh purnama.”
Dan sabda Rasulullah SAW : “Bermula yang terlebih afdal zikir itu “Laa ilaha illallah” dan yang terlebih afdal doa itu “Alhamdulillah”.”


Rujukan: 
AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

[PERMATA  PEMBERIAN YANG INDAH DAN MENJAGA SEGALA HATI YANG LALAI]








Saturday, 17 August 2013

Sangat Jahat Berzina Dan Seksanya


AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

[PERMATA  PEMBERIAN YANG INDAH DAN MENJAGA SEGALA HATI YANG LALAI]

Bab ke-26: Sangat Jahat Berzina Dan Seksanya


Firman Allah Ta'ala:
Dan jangan kamu hampir akan berzina, kerana bahawasanya ada ia kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan (Surah Al-Isra': Ayat 32)
Sabda Rasulullah SAW:
Bermula berzina itu mempusakai papa.

ENAM KECELAAN TERSEBAB DARI ZINA

Dan sabda Rasulullah SAW: Takut olehmu akan zina, maka bahawasanya pada zina itu enam perkara kecelaannya, tiga perkara pada dunia dan tiga perkara pada akhirat. Maka adapun tiga perkara pada dunia itu:

  1. Mempicitkan (menyempitkan) rezeki.
  2. Menghilangkan berkat.
  3. Apabila keluar rohnya, didinding akan dia dari Allah Ta'ala dan menilik ia kepada neraka dan kepada malaikat Zabaniyyah.
Dan adapun tiga perkara pada akhirat:
  1. Menilik Allah akan dia dengan tilik murka.
  2. Adalah hisabnya bersangatan.
  3. Dihelakan dia dengan rantai belenggu kepada neraka.
Dan sabda Rasulullah SAW: " Barangsiapa memenuh akan dua matanya daripada yang haram,memenuh Allah akan dua matanya dari pada api neraka. Dan barangsiapa berzina dengan perempuan, dibangkit Allah akan dia daripada kuburnya sangat dahaga dan bertelanjang ia dan menangisi ia dukacita lagi hitam mukanya, dan pada lehernya belenggu daripada api neraka dan pakaiannya daripada minyak tanah, dan tiada berkata-kata Allah Ta'ala akan dia, dan baginya seksa yang sangat pedih."

Dan sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa berzina dengan perempuan yang ada lakinya (suaminya), maka adalah atas keduanya seksa yang sangat pedih pada hari kiamat. Maka menghukum Allah Ta'ala akan suaminya dengan suruh mengambil ia akan kebajikannya dan ditanggungkan dia dosa suaminya serta dihalau dia kepada neraka." Ini jika tiada mengtahui suaminya akan isterinya berzina.

Adapun, jika mengetahui suaminya akan isterinya berzina dan diam ia, maka diharamkan Allah atas suaminya akan syurga, kerana bahawasanya tersurat pada pintu syurga: "Engkau orang daayus", iaitu yang memperkenankan kejahatan atas isi rumahnya dan redha  ia baginya. Dan tiada masuk syurga orang itu, dan bahawasanya tujuh petala langit dan bumi dan segala bukit melaknatkan orang berzina dan orang dayus.

Sabda Rasulullah SAW:
"Bermula zina dua mata itu menilik kepada barang yang tiada halal menghelakan kepada zina faraj."
Sabda Rasulullah SAW:
Bermula menilik kepada perempuan yang ajnabiyyah, (yakni; yang halal berkahwin dengan dia) itu daripada dosa besar.

Maka hadith ini ditanggungkan dia atas bersangatan tegahnya kerana perkara yang mendahului bagi zina itu tiada daripada dosa besar seperti yang tersebut di dalam Zawahir (Ibnu Hajar)

Dan sabda 'alaihissalam:
"Bermula zina dua kaki itu berjalan (yakni; kepada maksiat). Dan zina dua tangan itu menampar. Dan zina dua mata itu minilik, (yakni; kepada yang haram)."

Dan sabdanya 'alaihissalam:
"Zina satu kali itu menghapuskan pahala amal 70 tahun."

Rujukan: 
AL-JAUHAR AL-MAUHUB WA MUNABBIHAT AL-QULUB

[PERMATA  PEMBERIAN YANG INDAH DAN MENJAGA SEGALA HATI YANG LALAI]

 
 

Hukum Mencarut, Memaki dan Mengeji



HUKUM mencarut, maki hamun dan mengeji dijelaskan dalam nas-nas & hadith sohih:

1-Barang siapa yang menetapkan niat nya dalam bulan-bulan tersebut untuk mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath), melakukan kerja fasiq (fusuq), & bergaduh dalam masa mengerjakan haji" [ Al-Baqarah :197 ]
  
2-Menurut Ibnu Umar "rafath" bermaksud bersetubuh & bercakap mengenainya. "Ata' Bin Abi Rabah pula berpendapat, "Rafath ialah bersetubuh & bercakap lucah.  Hukumnya adalah haram". "Fusuq" pula, Ibnu Abbas mentafsirkan sebagai, "Semua bentuk maksiat".  Manakala Ibnu Umar mengatakan, "Fusuq ialah maki". Al-Dahhak pula mentafsirkannya dengan, "Menggelarkan seseorang dengan gelaran yang keji"

3-"Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata2 yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban)

4-"Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata2 yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni);

5-"Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim);

6-"Wahai Aisyah! Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya);

7-"Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik" (al-Tirmizi).

8-"Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing"(Ibrahim Bin Maisarah)

Kepada pencarut, pemaki & pengeji yang bekerja secara full time or part time, bertaubatlah. Bukan kah memperbanyakkan sebut kalimah Allah itu lebih baik.

Sumber: zaujifijannah.blogspot.com

Friday, 16 August 2013

Kaca Mata Terapi Pin Hole (Therapy Eyewear)

Pin Hole Eyewear – Therapy Eyeglass

Harga: RM30 (Penghantaran percuma ke Semenanjung Malaysia, +RM5 ke Sabah/Sarawak)

Cermin mata ini berfungsi membantu otak kita untuk mencari titik fokus melalui lubang lubang kecil pada cermin mata ini. Dengan ini ia melatih mata kita yang telah ‘out focus’ untuk kembali ketempat asal di kornea.
Kaedahnya amatlah mudah. Hanya gunakan 15-20 minit sehari untuk mendapatkan kesan dalam 3-4 minggu. Selepas 4 minggu boleh pergi kedai cermin mata test mata anda secara percuma.

KELEBIHAN THERAPY GLASSES – PIN HOLE EYEWEAR

  • Tidak perlu menggunakan ubat makan atau titik.
  • 100% selamat dan semulajadi
  • Tidak perlu preskripsi doktor
  • Tidak perlu test mata
  • Tidak perlu lasik mata
  • Mengurangkan ‘power’ cermin mata atau contact lens.
  • Memperbaiki kejelasan mata anda
  • Mencegah rabun jauh, rabun dekat, myopia dan astigmatism
  • Hanya beli sekali seumur hidup
  • Design yang menarik, boleh bawak berjalan
  • Boleh digunakan sebagai cermin mata penapis UV dari komputer.
  • Murah dan Murah dan murah sangat
Terdapat 2 rekabentuk yang menarik dan mengikut citarasa semasa, A dan B. Kedua-duanya masih ada dalam stok.

Harga: RM30 (Penghantaran percuma ke Semenanjung Malaysia, + RM5 ke Sabah & Sarawak)

Hubungi Hafiiz, email hafiiz.isa[at]gmail.com, call/sms 010 7139 273

Cara Pembayaran:

Langkah #1

Sila buat pembayaran sebanyak RM30.00 (Semenanjung Malaysia) / RM35.00 (Sabah & Sarawak) ke salah satu akaun berikut:
PENTING: Sila masukkan email hafiiz.isa@gmail.com ke dalam ruang email penerima, ini penting untuk melancarkan proses pengesahan pembayaran anda.
RHB
Nama:AHMAD HAFIIZ BIN MOHD ISA
No Akaun:1-18009-0008060-4

Untuk tujuan penghantaran, berikanLangkah #2 (Penghantaran terus ke rumah secara percuma)

1. nama penuh
2. alamat rumah
3. dan no tel
4. design A / B
melalui
1. Email – hafiiz.isa@gmail.com, atau
2. SMS/Call Hafiiz di 010 7139 273
LEBIH MURAH: Saya juga menjual therapy eyewer ini pada harga borong, dapatkan harga yang lebih murah jika dibeli secara pukal, hubungi saya melalui email / telefon anytime :)
KONSEP: Konsep therapy eyewear ini sama seperti brand lain seperti Ibnu Sina (boleh dibeli online) atau Natural Vision (boleh didapati di farmasi seperti Guardian dan Watsons), yang bezanya ialah harga :)
MAKLUMAT LANJUT: Makluman lanjut berkaitan dengan keberkesanan therapy eyewear ini, boleh rujuk di sini(sumber NaturalVisionTherapy.com)
Sebarang soalan boleh diajukan kepada saya.
Terima kasih :)

Thursday, 15 August 2013

10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah




SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.



Sumber: www.ustazazhar.net, myibrah.com