“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

Tuesday, 30 July 2013

Iktikaf: Hukum & Ganjaran



DARI AISYAH R.A (Isteri Rasulullah SAW) bahawa Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada sepuluh akhir daripada bulan Ramadhan hingga diwafatkannya oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepasnya oleh para isterinya. (Muttafaq 'Alaih).

Daripada Abi Hurairah R.A, ia berkata: Adalah Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap Ramadhan sepuluh hari terakhir. Manakala pada tahun baginda diwafatkan, baginda beriktikaf dua puluh hari. (Sahih Bukhari)

Dengan itu, nyatalah bahawa iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah sunnah yang diamalkan secara berkekalan oleh Rasulullah SAW dan para isterinya, juga oleh para sahabatnya.

Telah bersepakat di antara imam-imam mazhab yang empat bahawa hukum iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah sunat Muakkadah, kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW. dan menuntuti Lailatul Qadar. (Syarah Sohih Muslim li An-Nawawi 8/67, Fathul Bari li Ibni Hajar As-Asqolani 4/272).

Manakala hukum iktikaf pada lain daripada sepuluh akhir Ramadhan adalah sunat (istihbab).

Daripada Ibnu Abbas R.A daripada Nabi SAW bersabda, "Dan sesiapa yang iktikaf satu hari kerana mencari keredhaan Allah, nescaya Allah jadikan di antaranya dan di antara api neraka, tiga buah parit, di mana jarak di antara tiap-tiap satu parit lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin". (HR. At-Tabrani dan Al-Hakim) 

Wallahu 'alam.

Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.com

No comments:

Post a Comment