“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

Sunday, 14 July 2013

Amalan Membawa Ke Syurga


Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA: Bahawasanya seorang lelaki berkata 

“Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga”. 

Jawab Rasulullah, 

Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim”.



Huraian Hadith:

1) Hubungan silaturahim adalah satu cara yang membolehkan seorang masuk syurga.

2) Hubungan silaturahim adalah sebahagian daripada amalan yang dituntut oleh Islam.

3) Silaturahim adalah sama dengan amalan-amalan lain yang diperintah oleh Rasulullah melakukannya.

4) Memutuskan hubungan silaturahim menghalang seorang daripada masuk syurga.

5) Di antara sebab yang membawa seorang masuk syurga ialah ibadah-ibadah yang tersebut dalam hadisnya ini.

6)Harapan dan angan-angan semata-mata tidak boleh membawa seorang masuk syurga, malah perlu kepada melakukan amalan yang telah difardukan Allah SWT.

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin/jakim (AMALAN Membawa ke SYURGA)
koleksi-hadis-nabi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment