“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat.” Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

Wednesday, 28 August 2013

Isti'azah



Isti'azah ialah semua lafaz-lafaz atau bacaan-bacaan untuk meminta perlindungan kepada Allah. Di antara contoh isti'azah ialah surah An-Nas. Ta'awwuz juga satu antara isti'azah.

Ta'awwuz ialah lafaz "A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim".

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, “Bahawasanya Rasulullah S.A.W membaca a’uzubillahi minasy syaitonir rajiim sebelum membaca al-Quran”. (HR Abdur Razzaq dalam Al-Musannaf ).

Firman Allah “…maka apabila kamu membaca al-Quran, hendaklah kamu memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam”. (An-Nahl :98)


Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.com

No comments:

Post a Comment